Friday, February 5, 2010

Percutian Keluarga di Pulau Langkawi 31jan-2Feb 2010...

Pada 31Jan-2Feb 2010 yg lepas adalah percutian yg pertama bg keluarga kami utk tahun ini. Kami buat rancangan ni sejak 9bulan yg lepas dan lokasi yg dipersetujui ialah Pulau Langkawi. tujuan percutian ini selain utk berjalan2 makan angin ialah BERSHOPPING! Suatu aktiviti yg paling digemari oleh kaum wanita. 60% daripada "Peserta" ialah wanita...
Perjalan menaiki flight Air Asia dari KLIA jam 7.30 pg dan tiba di Langkawi jam 8.15. Kami menginap di sebuah rumah yg disewa dari seorg kenalan Ayu&Syam. Rumah yg takde aircond dan kebetulan Langkawi dah sebulan tak ujan.... (hidayaaaattt...)
Memang best la kalau nak bejalan dan bershopping kat sana.Masing2 punya belanja tak ingat beb! Yang penting, bawak duit banyak2 dan bersedialah utk membayar tax kalau terlebih berat muatan....
Len kali kalau ada duit lebih, mungkin kami akan ke sana lagi....









Saturday, October 10, 2009

Peristiwa 3 Okt 2009

Pada 3/10/2009 adalah satu lg tarikh yang bahagia bagi keluarga Mak&Bapak juga kami sekeluarga kerana tarikh ini adalah tarikh pertunangan Akmam. Alhamdulillah Majlis ini berjalan lancar walaupun pada sebelah paginya hujan dan kuat berangin. Ada satu kejadian di pagi hari yang kami semua tak dapat lupakan iaitu pokok pinang di belakang rumah tiba2 tumbang dan nyaris2 meragut nyawa BOB. Semua orang terkejut bila tiba2 pokok tu tumbang. Bob betul2 kat bawah pokok tu tengah tolong sham basuh pinggan. Tiba2 aku dengar bunyi pokok patah, aku pun jerit "lari! lari! lari!!!". Pada logiknya memang Bob dah kena hempap dek batang pinang tu tapi Allah nak selamatkan dan panjangkan nyawanya lagi. Rupa-rupanya dgn secara tak sedar Bob boleh lompat jauh dari tempat dia duduk. Cuma kena kanvas payung je kat dahi dia. Tak luka sikitpun. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Selepas tu sampai ke habis majlis segala2nya berjalan lancar...



Sunday, September 20, 2009

AidilFitri 2009


Tahun 2009 kami beraya di sini, di sg.buloh. Pagi selepas solat aidilfitri kami bermaafan dgn bapak, mak dan adik bradik. pastu g ziarah kubur dan balik dari ziarah kubur kami mula menerima tetamu dari keluarga wak long. Ada masa terluang sket kami beraya ke rumah Pak Emi. Pak Ewin, anak2nya dan Tok Encik pun ada sama.

Sunday, June 28, 2009

Masak2 hidangan pengantin (chef terjun)


28 Jun 09..
hari ni dapat tempahan khas untuk masak makanan pengantin kat kawasan umah mak. Jiran mak(Cik Miah) kat situ yang kahwin kan anak perempuan nyer. Tolong ler memasak sesama ngan adik2 ipar.. Hasil nyer mengancam gak ni..kalau tgk rupa mmg ler kureng sbb tak cukup barang hiasan...tp cuba rasa ler...walllah....SEDAP!!

Tuesday, June 23, 2009

Kenangan Persandingan di Sg. Buloh


Masa ni majlis bersanding di rumah mak di ladang baru sg.buloh pada 20 mac 2004. sebenarnya tak rancang pun nak sanding2 ni tp disebabkan ramai yang sponsor termasuklah pelamin, maka kitorang bersandinglah... best jugak! hari persandingan ni jatuh sehari sebelum PRU ke-11. Maknanya kitorang ni pengantin PRU lah...he..he..





Saturday, June 20, 2009

Kenangan kat Cameron Highland Jan 2009







Ini gamba sekitar percutian keluarga di Cameron Highland.....seronok gak...thankssss to Awon.....

Tuesday, June 16, 2009

sekitar majlis birthday nurin









14/6/2009-majlis birthday nurin. sambutan dimulakan pada jam 2ptg dgn bacaan Surah Yaasin oleh jemaah wanita shah alam 2 dgn diketuai oleh ustazah normah. selepas tu jamuan makan la apa lagi... sambil2 makan tu nurin pun tiup lilin dan potong b'day cake dia. Ada 2 cake nurin. Satu Umi&Ayah(paklong&maklong) sponsor, satu lagi mak&ayah angkat(kak ita&abg rosli) sponsor. Umi&ayah sponsor cake gamba DO..RA..E..MONN..
Ramai jugak la yang datang sampaikan PAPA terpaksa g kedai 3-4 kali beli mee beli pinggan polisterin sbb tak cukup.
5.45ptg baru nurin buka hadiah2 yang dia dapat. macam2 ada, kuda plastik pun ada... nak tulis banyak2 pun malas, tengok jer la gamba2 tu ye? he..he..he...